Senarai Menteri Kabinet Malaysia Selepas PRU14

Pemerintahan kerajaan persekutuan dipimpin oleh Pakatan Harapan selepas berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018. Kemenangan ini membolehkan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk kerajaan baru.

Pakatan Harapan terdiri daripada empat parti politik iaitu Parti Keadilan Rakyat(PKR), DAP, Parti Amanah dan Parti Pribumi Bersatu(PPBM) telah mencapai persetujuan bersama melantik YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Manakala Presiden PKR iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai permulaan untuk membentuk menteri kabinet Malaysia yang baru, YAB Tun dan Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bersetuju untuk melantik tiga menteri kabinet bagi tiga kementerian yang utama. Antara tiga kementerian tersebut ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.

kementerian-kementerian yang lain akan diputuskan sedikit masa lagi.

Berikut di bawah ini merupakan senarai penuh nama menteri kabinet Malaysia 2018. Blogger Pontian akan mengemaskini senarai di bawah setelah mendapat maklumat rasmi berhubung dengan pelantikan tersebut.

senarai menteri kabinet malaysia 2018
Gambar Kredit : Bernama
Bil Nama Jawatan Kementerian
1 Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad Perdana Menteri
2 Datin Seri Wan Azizah Binti Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri
3 Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Kementerian Dalam Negeri
4 Lim Guan Eng Menteri Kementerian Kewangan
5 Mohamad Sabu Menteri Kementerian Pertahanan

P/S: Artikel senarai menteri kabinet Malaysia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Leave a Comment