Permohonan Diploma Kejururawatan USM 2016 Secara Online

Permohonan Diploma Jururawat USM 2016. Beberapa maklumat penting dikongsikan kepada pembaca yang berminat untuk membina kerjaya dalam bidang kejururawatan. Maklumat ini khas buat mereka yang ingin mengikuti kursus diploma kejururawatan di Universiti Sains Malaysia bagi sesi akademik 2016/2017.

Permohonan untuk mengikuti kursus tersebut telah dibuka secara online bermula dari 25 Februari 2016 dan akan ditutup pada 4 April 2016.

permohonan diploma jururawat usm 2016

Tarikh-tarikh penting untuk proses permohonan untuk mengikuti kursus diploma jururawat USM sesi 2016/2017 sebagaimana di bawah.

TARIKH AKTIVITI
25 Februari 2016 Permohonan Diploma Jururawat USM Online dibuka
4 April 2016 Permohonan dan Pembelian Nombor Pin USM-JURURAWAT ditutup
April 2016 Hebahan panggilan temuduga secara online
Mei 2016 Sesi temuduga
September 2016 Sesi pendaftaran masuk ke Diploma Kejururawatan

*Tertakluk kepada perubahan dan pindaan.

Cara Membuat Permohonan Diploma Jururawat USM 2016 Online

Ikuti beberapa langkah mudah seperti di bawah satu persatu.

  1. Pemohon perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui url -> https://pohon.usm.my. Url tersebut juga boleh dicapai menerusi laman web rasmi USM iaitu https://www.usm.my.
  2. Pendaftaran permohonan ke USM adalah melalui pembelian nombor Pin USM – JURURAWAT [RM60]. Pembelian boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN, mesin ATM(pemegang akaun GIRO) atau myBSN(internet banking).
  3. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat-maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor pin USM – JURURAWAT, kata laluan, nama ibu dan alamat email pemohon yang aktif dan sah.
  4. Sekiranya proses pendaftaran berjaya, nombor rujukan akan dipaparkan dan juga diberitahu melalui email. Sila gunakan nombor rujukan tersebut jika berurusan dengan USM.
  5. LOGIN menggunakan nombor rujukan dan kata laluan yang anda masukkan semasa proses pendaftaran. Hubungi 1 300 888 876 sekiranya anda terlupa nombor rujukan. Jika lupa kata laluan gunakan kemudahan “lupa kata laluan” yang disediakan.
  6. Isikan semua maklumat yang dikehendaki. Lebih-lebih lagi maklumat yang bertanda *. Ianya mesti diisikan bagi meneruskan proses yang selanjutnya.
  7. Setelah selepas mengisi maklumat yang diperlukan, sila klik “SETERUSNYA>>” untuk langkah selanjutnya.
  8. Buat cetakan untuk simpanan dan rujukan anda.

Leave a Comment