Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016: Anda Terpilih?

Berdasarkan maklumat terbaru yang dikeluarkan oleh SPA melalui facebook, peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 tahun 2016 akan diadakan pada hari selasa 19 Januari 2016 jam 8.00 malam hingga 9.40 malam.

Untuk makluman pembaca, pada 8hb Disember 2015 pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah membuat pengiklanan ambilan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik melalui laman facebook rasmi SPA. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan PTD telah tutup pada 13 Disember 2015 jam 11.59 malam. Anda boleh screen shot pemberitahuan tersebut melalui gambar di bawah.

pegawai tadbir diplomatik

Jika anda telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup tersebut, anda boleh membuat semakan kelayakan untuk memasuki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 melalui pautan link di bawah ini.

[+] http://e-semakan.spa.gov.my

Jika anda ingin tips khas secara percuma, sila baca di https://www.malaysiakerjaya.com/peperiksaan-pegawai-tadbir-diplomatik.html

Persaingan untuk jawatan PTD ini amatlah tinggi. Maklumlah jawatan tersebut berada di kelas yang tersendiri. Merupakan jawatan tertinggi sektor awam.

Peperiksaan merupakan langkah pertama yang perlu dilepasi oleh calon sebelum bercita-cita menjadi PTD. Perlu membuat persediaan. Banyakkan membaca buku pengajian am, mengetahui isu-isu semasa yang berlaku disekeliling.

1 thought on “Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016: Anda Terpilih?

Leave a Comment