Live Streaming JDT vs PDRM 19 Mac 2016

Live streaming JDT vs PDRM. Ini merupakan perlawanan pusingan pertama Superbest Power Suku Akhir Piala FA pada 19.03.2016 bagi pasukan Johor Darul Ta’zim. Johor DT merupakan satu-satunya pasukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah samada di Liga Super, Piala FA dan juga saingan Piala AFC setakat ini. Pada perlawanan kelima dalam saingan Liga Super 2016, JDT telah berjaya menewaskan PDRM 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Apakah momentum kemenangan ini dapat dikekalkan pada perlawanan yang akan berlangsung pada jam 9.00 malam 19.03.2016 apabila JDT turun sekali lagi menentang lawan yang sama di Stadium Hang Jebat, Melaka. Perlawanan ini pastinya menjanjikan saingan yang menarik, kerana sudah pastinya PDRM ingin membalas dendam kekalahan pada saingan 13 Mac 2016 manakala JDT pula akan turun untuk mempertahankan rekod bersih pada musim ini.

pdrm vs jdt 19 mac 2016
Kredit: JOHOR Southern Tigers

Live Streaming JDT vs PDRM 19.03.2016

Maklumat mengenai siaran langsung JDT vs PDRM dan juga pautan link live streaming akan dikemaskini satu jam sebelum sepak mula. Sekiranya anda ada kelapangan sudi-sudikanlah pergi untuk me”larkin”kan Stadium Hang Jebat Melaka sekali lagi. Sedikit nasihat daripada saya, semoga para penyokong berhati-hati ketika memandu kenderaan ke Melaka dan juga meletak kenderaan di tempat yang selamat. Semoga kejadian berpuluh-puluh kereta diheret oleh trailer tidak berulang lagi.

*Kemaskini: Perlawanan ini disiarkan secara langsung menerusi TV1. Perlawanan ini juga boleh ditonton menerusi internet live streaming melalui link -> INI

Saya juga akan melakukan kemaskini keputusan perlawanan semasa(live Score) di sini. Pembaca digalakkan untuk bookmark page ini untuk kemudahan menyemak keputusan perlawanan.

PDRM Status Johor DT
9.00 mlm
Penjaring Gol Minit Penjaring Gol
Akan dikemaskini Akan dikemaskini Akan dikemaskini

Leave a Comment