Tijani Motors Syarikat Jual Beli Kereta Import Baru Dan Terpakai Di Pontian

Tijani Motors Syarikat Jual Beli Kereta Import Baru Dan Terpakai Di Pontian

Tijani Motors merupakan sebuah syarikat perniagaan automotif terutamanya dalam kategori jual beli kereta import baru dan terpakai yang mula beroperasi di Bandar Pontian Kecil.

Tijani Motors Sdn. Bhd. dahulu dikenali sebagai Tijani Transport Sdn. Bhd. merupakan ahli Kumpulan Gemilang Zamrud Sdn. Bhd. dimiliki oleh seorang usahawan bumiputera yang bernama Datuk Haji Mhd Tahir Bin Haji Mohd Noah.

Sedikit biodata mengenai beliau…

Datuk Haji Mhd Tahir adalah pemegang Diploma Sains Gunaan dari ITM Shah Alam dan seorang Sains dari St. Andrew University, Scotland. Beliau juga mempunyai Diploma Pengurusan Rekreasi(Canada Institue Sport & Recreation) dan seorang pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Charles Sturt University, Australia.

Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan selama 15 tahun merangkumi industri pembangunan hartanah, sekuriti, pembekalan perubatan, pemulihan arkib, latihan dan pembangunan manusia serta dalam industri pelancongan. Kini beliau merupakan Pengarah Urusan Tijani Motors Sdn. Bhd.

Tijani motors jual beli kereta pontian

Tijani Motors terletak berhampiran dengan persimpangan trafik light utama dan bersebelahan dengan restoran makanan segera McDonalds yang terletak di seberang jalan menuju ke Pusat Perdagangan Baru Pontian. Parking pun mudah.

Pemilihan Pontian sebagai lokasi perniagaan merupakan satu langkah yang bijak kerana Pontian semakin pesat membangun dari pembangunan hartanah dan infrastruktur. Banyak projek-projek mega yang telah dirangka dengan teliti oleh Kerajaan Negeri Johor berpandukan gagasan “Misi Dekad Baharu Johor” yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan.

Tijani Motors bersama rakan niaga, Yamud Enterprise bakal menjadi pemangkin dalam industri usahawan automotif penjual kereta import terpakai dan baru di daerah Pontian. Visi seterusnya ialah untuk berkembang ke seluruh Malaysia.

Peminat-peminat kereta import terpakai atau baru dijemput datang beramai ke bilik pameran untuk melihat sendiri kereta yang diidamkan.

Terujakah Anda Dengan Kereta Import Baru Di Bawah Ini

Di bawah ini Blogger Pontian sediakan beberapa keping gambar yang sempat disnap semasa Majlis Perasmian dan kesyukuran pada 27 April 2018. Oh ya Malis perasmian tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ir Hasni Bin Hj Mohammad(Pengerusi Jawatankuasa kerja Raya Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor).

Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Ir Hasni Bin Hj Mohammad
Mercedes Benz
Toyota Wish
Nissan Juke
Toyota FJ Cruisher

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi :-

Tijani Motors Sdn. Bhd.
Alamat : Lot 979 , jalan Johor, Bandar Pontian Kechil, 82030 Pontian, Johor
Telefon : 07-595 3752
Fax : 07-595 3753
Encik Fauzi : 010-784 2879
Encik Dzol : 013-685 4217
Encik Ismail : 012-7099908
Email : info.tijanimotors@gmail.com
Facebook Page : https://www.facebook.com/tijanimotors/
Instagram : https://www.instagram.com/tijanimotors/

SUMBER : Rossaimi.com

Leave a Comment