JDT Lawan Kaya FC Di Pusingan Kalah Mati Piala AFC 2016

JDT akan menentang Kaya FC dalam pusingan kalah mati Piala AFC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. Perlawanan tersebut berlangsung pada jam 8.45 malam 25 Mei 2016. Perlawanan pada pusingan kalah mati ini membabitkan 16 pasukan dan pemenang perlawanan ini yang terdiri daripada 8 pasukan akan bertanding di peringkat suku akhir Piala AFC 2016.

Gambar di bawah merupakan senarai 16 pasukan yang bertanding di pusingan kalah mati Piala AFC 2016.

jdt vs kaya fc
Image Kredit : AFC

Asia Invasion : Ayuh Ke Stadium JDT vs Kaya FC

Ayuh laksanakan tugas kita sebagai penyokong setia Harimau Selatan, penuhkan Home Of Southern Tigers Stadium kerana ini bukannya sekadar perlawanan biasa tetapi suatu misi penting untuk memartabatkan JDT ke peringkat asia. Sorakan dan sokongan anda sebagai pemain ke 12 sudah tentunya menjadi pendorong kepada pemain untuk mencipta kemenangan. Luaskan kuasamu Johor.

jdt vs kaya fc
Gambar Kredit : JOHOR Southern Tigers

Siaran Langsung Dan Live Streaming Johor DT vs Kaya FC 25 Mei 2016

Sekiranya anda tinggal di sekitar Johor Bahru ataupun Pontian, jom kita memenuhkan Stadium Larkin. Akan tetapi jika tidak berkesempatan, anda boleh juga menonton siaran langsung JDT vs Kaya FC menerusi Astro Fox Sport dan rangkaian media Prima samada TV3 ataupun TV9. Saluran rasmi akan dimaklumkan kemudian.

Pautan Link live streaming juga akan disediakan sejam sebelum perlawanan bermula melalui pautan link di bawah.

[+] LINK 1

Keputusan akan dikemaskini secara live score melalui jadual di bawah.

JOHOR DT Status Kaya FC
Separuh masa
Penjaring Gol Minit Penjaring Gol
Akan dikemaskini Akan dikemaskini

Leave a Comment